10 Cara Melajukan Handphone Android yang Lambat
Tips untuk smartphone yang slow dan lembab.
Waktu baru beli dulu, hp laju, mantap, tiada lag atau hag.
Lepas guna seketika waktu, mulalah jadi lambat…
Kita pun naik stress dibuatnya.
Post ini khas dibuat untuk membantu melajukan kembali
handphone android anda.
Terdapat beberapa cara, boleh cuba satu persatu.
Semoga handphone anda kembali laju seperti dulu!
1 Bersihkan Ruang Penyimpanan
Handphone perlu ruang untuk bergerak.
Handphone android memerlukan sekurang-kurangnya 1GB
ruang kosong untuk berfungsi dengan baik.
(lagi besar lagi baik)
Jika terlalu penuh maka ia menjadi lambat.
Gambar, apps, video, fail-fail semuanya memakan ruang
handphone anda.
Anda boleh melihat status ruang kosong pada handphone anda
dengan cara berikut:
Settings > Storage & USB > Internal storage
Bahagian paling atas memaparkan status semasa ruangan
penyimpanan handphone anda:
Anda boleh membersihkan bahagian berikut:
1. Apps
2. Images
3. Videos
4. Audio
5. Other
6. Cached data
Jika tidak mahu buang, pindahkan atau buat backup ditempat
lain – di komputer atau laptop anda.
Jika anda mempunyai OTG drive lagi baik.
Guna OTG drive untuk pindah file dari handphone.
Boleh cucuk dan pindahkan terus segala fail yang berlebihan.
Anda boleh lihat OTG drive sini.
Untuk fail seperti sistem cache dan temp file,
saya cadangkan anda guna aplikasi seperti: CCleaner.
Kerana fail tersebut mungkin agak sensitif.
2 Buang / kurangkan Widget & shortcut di homescreen
Widget mungkin berguna tetapi ia memakan prestasi handphone
anda.
Jika widget tersebut sekadar menghias, kita buang sahaja.
Melainkan jika benar-benar perlu.
Berikut merupakan cara untuk membuang widget:
· Sentuh
widget yang nak dibuang.
· Jangan
lepaskan sehinggalah ikon ‘tong sampah‘ keluar.
· Tarik
widget ke arah ikon ‘tong‘ untuk buang.
3 Padam atau kurangkan animasi
Animasi menjadikan menjadikan handphone kita nampak hebat.
Contohnya bila kita sentuh, ikon bergerak.
(Animasi bergantung kenapa jenis handphone yang anda miliki)
Malangnya, animasi ini juga menjadi faktor kepada masalah
prestasi hp kita.
Jika tidak perlu, disarankan anda padam fungsi animasi
tersebut untuk menambah kelajuan hadnphone.
Cara untuk ubah setting animasi adalah seperti berikut:
LANGKAH 1 Aktifkan “Developer Options“.
Cari pilihan “Developer Options” pada setting anda.
Selalunya ia berada dalam bahagian “System“.
Jika anda tidak dapat mencari “Developers Options” bermakna
ia belum diaktifkan.
Untuk aktifkan, pergi ke Settings > About phone >
Build number dan sentuh “Build number” berulang-ulang hingga notifikasi
yang menyatakan “Developers Option” sudah diaktifkan keluar.
LANGKAH 2 Cari bahagian animation.
Masuk ke dalam “Developers Option” dan cari 3 bahagian
berikut:
1. Window animation scale
2. Transition animation scale
3. Animation duration scale
LANGKAH 3 Ubah setting animasi.
Set kepada nilai yang paling kecil iaitu .5x.
Ataupun lagi baik padamkan sahaja.
LANGKAH 4 Restart handphone.
Selepas buat perubahan, restart handphone.
Kemudian lihat hasilnya.
4 Padamkan Aplikasi yang tidak digunakan
Masa guna handphone, kita sering berpindah dari satu apps ke
apps yang lain.
Contohnya kita buka youtube, kawan kirim whatsapp buka pula
whatsapp.
Dalam whatsapp kawan kita bagi link facebook, kita buka
facebook…
Semua apps yang kita buka tadi tidak akan tertutup terus.
Ia masih berjalan dibelakang tabir.
Anda boleh melihat semua apps yang masih on dengan menekan
butang “recent screen” pada homescreen handphone anda.
Butang ‘recent screen’ adalah salah satu dari 3 butang yang
terletak dibawah hp anda.
Kadang-kadang ada hp yang kena tekan butang lama-lama untuk
lihat semua apps yang sedang digunakan.
Untuk perbaiki prestasi handphone anda, close/padam semua
apps yang sedang berjalan disebalik tabir ini.
Caranya, tekan butang ‘recent screen‘, kemudian tarik
keluar/ketepi apps yang tidak digunakan.
5 Restart handphone anda
Kadang-kadang restart sudah cukup untuk mengembalikan
kelajuan handphone.
Bila kali terakhir anda switch off handphone?
Kadang-kadang kita tidak sedar handphone sudah berhari
berbulan sentiasa on.
(mungkin dari mula beli dulu)
Restart menjadikan hadphone anda fresh.
Segala proses yang tidak diperlukan akan dihentikan bila
anda restart.
Oleh itu, cuba restart.
6 Ubah setting pelayar internet (Chrome)
Selalunya untuk handphone android, browser chrome disertakan
sekali.
Jika anda guna chrome untuk melayari internet, boleh buat
beberapa setting berikut.
Aktifkan “Data Saver Mode“.
Ini untuk menjadikan ia lebih pantas.
(dan jimatkan data internet)
Cara untuk aktifkan “Data Saver Mode“:
1. Buka pelayar internet Chrome anda.
2. Sentuh menu pada bahagian kanan
atas (3 titik bertindih).
3. Pilih Setting.
4. Pilih Data Saver.
5. Pastikan ia dalam keadaan “On“.
Butang on off terletak pada bahagian kanan atas.
7 Jangan gunakan “Live Wallpaper”
Live wallpaper memang cantik, tapi ia memakan prestasi
handphone.
Jika anda mahu handphone lebih laju, gunakan wallpaper
biasa.
Jangan guna wallpaper bergerak, contohnya wallpaper shooting
star.
8 Pastikan Software Handphone anda Up-to-Date
Jangan tangguhkan notifikasi update.
Jika anda terima notifikasi untuk update, teruskan untuk
update.
Terutama sekali jika anda guna hp yang mempunyai
software/skin sendiri seperti huawei, xiaomi dan sebagainya.
Update bukan sahaja untuk memperkenalkan fungsi baru tetapi
juga untuk menyelesaikan masalah seperti sekuriti dan prestasi.
Oleh itu, penting untuk sentiasa pastikan software dalam hp
kita up-to-date.
Untuk periksa hp update atau tidak, pergi ke:
Settings > About phone > System update
9 Hentikan automatik ‘Sync’
Tidak dinafikan fungsi ‘sync’ merupakan fungsi yang amat
baik untuk memastikan anda tidak kehilangan data jika handphone anda rosak,
hilang dan sebagainya.
Akan tetapi fungsi ini juga menurunkan prestasi handphone
anda kerana ia sentiasa melakukan ‘sync’ tanpa anda sedari.
Anda tidak perlu tutup kesemua fungsi ini, anda hanya perlu
tutup sebahagian untuk mengurangkan beban pada handphone anda.
Untuk pergi ke bahagian ‘Sync’:
Settings > Account > Others Accounts
Sini anda boleh nampak apps yang guna fungsi ‘Sync’.
Seperti facebook, Google, Messenger, Twitter, WhatsApp,
Email dan sebagainya.
Tutup fungsi ‘Sync’ untuk mana-mana apps yang anda mahu.
Anda boleh lakukan sync secara manual jika perlu.
Contohnya, saya tutup semua fungsi ‘Sync’ untuk Google.
Saya hanya aktifkan fungsi ini sekali seminggu untuk update
data, lepas tu padam balik.
10 Lakukan Factory Reset
Jika masih juga lambat, pilihan terakhir kita adalah: Factory
Reset
Factory reset akan mengembalikan keadaan asal handphone anda
seperti mula-mula beli dulu.
Ia akan padam habis semua apps dan data anda.
Termasuklah semua contact anda.
(kecuali data dalam memory card anda)
Sebelum lakukan factory reset pastikan anda backup dulu
data-data penting dan contact list.
Anda boleh rujuk panduan ini: Buat backup
& factory reset.
Untuk lakukan factory reset pergi ke:
Setting > Backup & reset > Factory data reset
Lepas factory reset, handphone anda pasti kembali laju.
Jika masih lambat, ini bermakna handphone anda mungkin
mempunyai masalah komponen (hardware).
Jika masalah hardware, terpaksalah hantar kedai.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!