latest articles

Microsoft Edge Berasaskan Enjin Chromium – Internet Explorer Generasi Baru?

Internet Explorer adalah pelayar web yang paling teruk pernah wujud. Ia ketinggalan zaman, perlahan, mempunyai masalah prestasi dan dibenci ramai. Microsoft kemudian hadir dengan pelayar web baru Microsoft Edge. Satu pelayar web generasi baru dari Microsoft yang ingin cuba bersaing dengan Chrome, Safari dan pelayar web lain.

Walaupun Microsoft Edge adalah antara pelayar web yang terpantas dan mempunyai prestasi yang hebat, ia masih tidak mampu bersaing dengan pelayar web lain – atas kekurangan fungsi, ciri dan banyak lagi. Pada tahun lepas, Microsoft dengan rasminya sedang membangunkan Microsoft Edge berasaskan enjin Chromium. Dengan pertukaran enjin pelayar web ke Chromium, pasti Microsoft Edge akan boleh bersaing – kerana enjin ini mampu menyokong pelbagai perkara.

Semalam, fail pemasangan Microsoft Edge berasaskan enjin Chromium telah tertiris dan arena web dan saya sempat pasang dan mencuba. Dalam artikel ini akan saya kongsikan pandang pertama dan pendapat saya mengenai pelayar web ini.

Rekaan

Rekaan Microsoft Edge biasa dan Microsoft Edge Chromium sedikit berbeza. Pada versi enjin Chromium ini, pelayar web Google Chrome masih kelihatan tetapi ia mempunyai sedikit elemen-elemen Microsoft Edge biasa. Apabila tab baru dibuka, apa yang terpapar adalah bar carian Bing dan ikon pintasan akses pantas kepada laman web yang kerap digunakan. Manakala pada Microsoft Edge biasa ia memaparkan laman web yang kerap dikunjung serta berita-berita terkini. Pada versi Chromium, berita-berita perlu diakses dengan menekan tab khas di bahagian bawah.

Menu akses tetapan juga sedikit berbeza. Pandangan saya, ia mirip Firefox tetapi dengan elemen rekaan Microsoft Edge dikekalkan. Secara keseluruhan, ia tidak janggal digunakan digunakan kerana ia kelihatan seperti satu pelayar web yang sudah kita kenali.

Ciri Utama

Sudah tentu ciri yang kita mahukan adalah sokongan pelbagai pemalam. Dengan enjin Chromium digunakan, pelayar web ini akan menyokong banyak pemalam dari Google Web Store. Akan tetapi, satu tetapan khas perlu diaktifkan terlebih dahulu kerana, pemalam default yang disokong oleh pelayar web ini adalah melalui Microsoft Store. Atas percubaan saya, memasang pemalam secara manual (muat turun fail .crx) tidak disokong dan ia perlu dipasang melalui store-store sahaja.

Prestasi

Untuk prestasi, saya yakin pasti akan ada yang risau dengan penggunaan RAM. Pada Google Chrome, ia menggunakan jumlah RAM yang tinggi dan penggunaan tenaga pemproses yang ekstrem. Microsoft Edge versi Chromium menggunakan jumlah RAM yang sedikit berbanding Google Chrome. Tetapi, Microsoft Edge versi biasa kekal menjuarai dengan penggunaan jumlah RAM yang sangat sikit.

Ujian menggunakan HTML5 pula, Microsoft Edge versi biasa dilihat tidak setanding dengan dua pelayar web Chromium ini. Tetapi Microsoft Edge versi Chromium dan Google Chrome mempunyai prestasi yang setanding.

Tema Gelap?

Disebabkan ia adalah berasaskan Chromium, jadi banyak ciri-ciri dan fungsi-fungsi dari Chromium dapat diuji melalui flags yang terbina. Tetapi, ini adalah pelayar web Edge – jadi untuk mengakses flags ia perlu diakses melalui ‘edge://flags/’. Antara tetapan yang saya cuba aktifkan adalah tema gelap. Mengaktifkan melalui flags tidak menyebabkan sebarang perubahan.

Akan tetapi, jika tetapan Windows 10 anda menggunakan mod tema gelap – pelayar web ini turut akan berubah dan selari dengan tetapan Windows 10.

Penyelarian Akaun & Tetapan

Saya memasang Microsoft Edge versi Chromium ini pada Windows 10 dengan akaun Microsoft diselarikan. Disebabkan Microsoft Edge versi biasa saya telah saya mengimport segala bookmark laman web dan sejarah dari Chrome dan terus diselarikan dalam akaun Microsoft – Microsoft Edge Chromium akan turut selarikan data-data yang sama.

Untuk tetapan pula, versi ini telah mengikut cara Google Chrome di mana tetapan akan dibuka dalam tab dan bukan seperti Microsoft Edge biasa yang mempunyai tetingkap khas di bahagian sisi pelayar web. Tetapan juga mempunyai rekaan yang kemas dan lebih mudah digunakan.

Walaupun penggunaan RAM sedikit tinggi berbanding dari Microsot Edge biasa, apa yang penting adalah ciri dan fungsi yang diberikan, prestasi hebat dan penggunaan RAM adalah lebih rendah dari Google Chrome. Banyak perkara menarik dari pelayar web ini membuatkan saya ingin bertukar terus dari Google Chrome.

Walau bagaimanapun, pelayar web ini hanya akan mempunyai versi 64-bit sahaja dan peranti Windows dengan 32-bit mungkin tidak akan berpeluang mencubanya.

Jika anda ikuti perkembangan pembangunan Microsoft, anda akan perasan yang Microsoft sehingga hari ini telah mempunyai beberapa pemalam untuk Chrome. Antara yang terkini adalah Windows Defender dan Web Activities.

Bagi yang ingin berpindah dan risau akan data-data seperti bookmark Google Chrome, sejarah web yang di kunjung – anda boleh cuba biasakan diri dengan Windows Timeline dan pemalam Web Activities. Ini kerana pada saya, ia sudah mencukupi dan agak menarik untuk digunakan.

Kelak, apabila pelayar web ini sudah dilancarkan – saya ingin cuba terus jadikannya sebagai pelayar web harian saya. Setakat ini, versi tertiris yang saya gunakan ini sudah mempunyai banyak perkara menarik dan pada saya sudah cukup stabil. Harapnya, versi stabil kelak akan hadir dengan penggunaan RAM yang lebih rendah dan setaraf dengan Microsoft Edge biasa.

Read more

10 Cara Melajukan Handphone Android yang Lambat

 Tips untuk smartphone yang slow dan lembab.

 


Waktu baru beli dulu, hp laju, mantap, tiada lag atau hag.

Lepas guna seketika waktu, mulalah jadi lambat…

Kita pun naik stress dibuatnya.

Post ini khas dibuat untuk membantu melajukan kembali handphone android anda.

Terdapat beberapa cara, boleh cuba satu persatu.

Semoga handphone anda kembali laju seperti dulu!



1 Bersihkan Ruang Penyimpanan

Handphone perlu ruang untuk bergerak.

Handphone android memerlukan sekurang-kurangnya 1GB ruang kosong untuk berfungsi dengan baik.

(lagi besar lagi baik)

Jika terlalu penuh maka ia menjadi lambat.

Gambar, apps, video, fail-fail semuanya memakan ruang handphone anda.

Anda boleh melihat status ruang kosong pada handphone anda dengan cara berikut:

Settings > Storage & USB > Internal storage

Bahagian paling atas memaparkan status semasa ruangan penyimpanan handphone anda:

 

Anda boleh membersihkan bahagian berikut:

1.    Apps

2.    Images

3.    Videos

4.    Audio

5.    Other

6.    Cached data

Jika tidak mahu buang, pindahkan atau buat backup ditempat lain – di komputer atau laptop anda.

Jika anda mempunyai OTG drive lagi baik.

 

Guna OTG drive untuk pindah file dari handphone.

Boleh cucuk dan pindahkan terus segala fail yang berlebihan.

Anda boleh lihat OTG drive sini.

Untuk fail seperti sistem cache dan temp file, saya cadangkan anda guna aplikasi seperti: CCleaner.

Kerana fail tersebut mungkin agak sensitif.



2 Buang / kurangkan Widget & shortcut di homescreen

Widget mungkin berguna tetapi ia memakan prestasi handphone anda.

Jika widget tersebut sekadar menghias, kita buang sahaja.

Melainkan jika benar-benar perlu.

Berikut merupakan cara untuk membuang widget:

·         Sentuh widget yang nak dibuang.

·         Jangan lepaskan sehinggalah ikon ‘tong sampah‘ keluar.

·         Tarik widget ke arah ikon ‘tong‘ untuk buang.



3 Padam atau kurangkan animasi

Animasi menjadikan menjadikan handphone kita nampak hebat.

Contohnya bila kita sentuh, ikon bergerak.

(Animasi bergantung kenapa jenis handphone yang anda miliki)

Malangnya, animasi ini juga menjadi faktor kepada masalah prestasi hp kita.

Jika tidak perlu, disarankan anda padam fungsi animasi tersebut untuk menambah kelajuan hadnphone.

Cara untuk ubah setting animasi adalah seperti berikut:



LANGKAH 1 Aktifkan “Developer Options“.

Cari pilihan “Developer Options” pada setting anda.

Selalunya ia berada dalam bahagian “System“.

 

Jika anda tidak dapat mencari “Developers Options” bermakna ia belum diaktifkan.

Untuk aktifkan, pergi ke Settings > About phone > Build number dan sentuh “Build number” berulang-ulang hingga notifikasi yang menyatakan “Developers Option” sudah diaktifkan keluar.

 

LANGKAH 2 Cari bahagian animation.

Masuk ke dalam “Developers Option” dan cari 3 bahagian berikut:

1.    Window animation scale

2.    Transition animation scale

3.    Animation duration scale

 

LANGKAH 3 Ubah setting animasi.

Set kepada nilai yang paling kecil iaitu .5x.

Ataupun lagi baik padamkan sahaja.



LANGKAH 4 Restart handphone.

Selepas buat perubahan, restart handphone.

Kemudian lihat hasilnya.



4 Padamkan Aplikasi yang tidak digunakan

Masa guna handphone, kita sering berpindah dari satu apps ke apps yang lain.

Contohnya kita buka youtube, kawan kirim whatsapp buka pula whatsapp.

Dalam whatsapp kawan kita bagi link facebook, kita buka facebook…

Semua apps yang kita buka tadi tidak akan tertutup terus.

Ia masih berjalan dibelakang tabir.

Anda boleh melihat semua apps yang masih on dengan menekan butang “recent screen” pada homescreen handphone anda.

Butang ‘recent screen’ adalah salah satu dari 3 butang yang terletak dibawah hp anda.

Kadang-kadang ada hp yang kena tekan butang lama-lama untuk lihat semua apps yang sedang digunakan.

Untuk perbaiki prestasi handphone anda, close/padam semua apps yang sedang berjalan disebalik tabir ini.

Caranya, tekan butang ‘recent screen‘, kemudian tarik keluar/ketepi apps yang tidak digunakan.



5 Restart handphone anda

Kadang-kadang restart sudah cukup untuk mengembalikan kelajuan handphone.

Bila kali terakhir anda switch off handphone?

Kadang-kadang kita tidak sedar handphone sudah berhari berbulan sentiasa on.

(mungkin dari mula beli dulu)

Restart menjadikan hadphone anda fresh.

Segala proses yang tidak diperlukan akan dihentikan bila anda restart.

Oleh itu, cuba restart.



6 Ubah setting pelayar internet (Chrome)

Selalunya untuk handphone android, browser chrome disertakan sekali.

Jika anda guna chrome untuk melayari internet, boleh buat beberapa setting berikut.

Aktifkan “Data Saver Mode“.

Ini untuk menjadikan ia lebih pantas.

(dan jimatkan data internet)

Cara untuk aktifkan “Data Saver Mode“:

1.    Buka pelayar internet Chrome anda.

2.    Sentuh menu pada bahagian kanan atas (3 titik bertindih).

3.    Pilih Setting.

4.    Pilih Data Saver.

5.    Pastikan ia dalam keadaan “On“. Butang on off terletak pada bahagian kanan atas.



7 Jangan gunakan “Live Wallpaper”

Live wallpaper memang cantik, tapi ia memakan prestasi handphone.

Jika anda mahu handphone lebih laju, gunakan wallpaper biasa.

Jangan guna wallpaper bergerak, contohnya wallpaper shooting star.



8 Pastikan Software Handphone anda Up-to-Date

Jangan tangguhkan notifikasi update.

Jika anda terima notifikasi untuk update, teruskan untuk update.

Terutama sekali jika anda guna hp yang mempunyai software/skin sendiri seperti huawei, xiaomi dan sebagainya.

 

Update bukan sahaja untuk memperkenalkan fungsi baru tetapi juga untuk menyelesaikan masalah seperti sekuriti dan prestasi.

Oleh itu, penting untuk sentiasa pastikan software dalam hp kita up-to-date.

Untuk periksa hp update atau tidak, pergi ke:

Settings > About phone > System update



9 Hentikan automatik ‘Sync’

Tidak dinafikan fungsi ‘sync’ merupakan fungsi yang amat baik untuk memastikan anda tidak kehilangan data jika handphone anda rosak, hilang dan sebagainya.

Akan tetapi fungsi ini juga menurunkan prestasi handphone anda kerana ia sentiasa melakukan ‘sync’ tanpa anda sedari.

Anda tidak perlu tutup kesemua fungsi ini, anda hanya perlu tutup sebahagian untuk mengurangkan beban pada handphone anda.

Untuk pergi ke bahagian ‘Sync’:

Settings > Account > Others Accounts

Sini anda boleh nampak apps yang guna fungsi ‘Sync’.

Seperti facebook, Google, Messenger, Twitter, WhatsApp, Email dan sebagainya.

Tutup fungsi ‘Sync’ untuk mana-mana apps yang anda mahu.

Anda boleh lakukan sync secara manual jika perlu.

Contohnya, saya tutup semua fungsi ‘Sync’ untuk Google.

Saya hanya aktifkan fungsi ini sekali seminggu untuk update data, lepas tu padam balik.



10 Lakukan Factory Reset

Jika masih juga lambat, pilihan terakhir kita adalah: Factory Reset

Factory reset akan mengembalikan keadaan asal handphone anda seperti mula-mula beli dulu.

Ia akan padam habis semua apps dan data anda.

Termasuklah semua contact anda.

(kecuali data dalam memory card anda)

Sebelum lakukan factory reset pastikan anda backup dulu data-data penting dan contact list.

Anda boleh rujuk panduan ini: Buat backup & factory reset.

Untuk lakukan factory reset pergi ke:

Setting > Backup & reset > Factory data reset

Lepas factory reset, handphone anda pasti kembali laju.

Jika masih lambat, ini bermakna handphone anda mungkin mempunyai masalah komponen (hardware).

Jika masalah hardware, terpaksalah hantar kedai.


Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!

Read more

DELIMa

Platform pembelajaran DELIMa KPM

Apakah sebenarnya DELIMa? Adakah ia merupakan platform baharu pembelajaran digital KPM?. Baik, mari kita kenali apa itu DELIMa berdasarkan pemahaman saya setelah mengikuti acara pelancaran sebentar tadi.

1. Penjenamaan semula platform MOE Digital Learning

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.

Acara pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Habibah Abdul Rahim

2. Diakses menggunakan akaun Google sedia ada

Sepertimana MOE Digital Learning, DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Platform ini mengekalkan reka bentuk antaramuka sedia ada, cuma ia membawakan beberapa menu tambahan serta penampilan logo baharu DELIMa.

3. Disokong tiga rakan strategik utama: Google, Microsoft dan Apple

Google menerusi Google for Education, Microsoft menerusi Microsoft Education dan Apple menerusi Apple Education menjalankan pelbagai program untuk pendidikan global sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

Mereka menyokong inisiatif terkini KPM ini dengan menyediakan akses khas kepada sistem dan aplikasi-aplikasi pendidikan serta membekalkan idea serta modul-modul pembelajaran.

Penyertaan ketiga-tiga gergasi digital terkemuka ini sebagai rakan stategik membuktikan KPM kini lebih terbuka dalam penggunaan sebarang teknologi pembelajaran.

Google menawarkan pakej G-Suite for Education yang terbukti sebagai sebagai satu ekosistem pembelajaran online terbaik berasaskan perkomputeran awan (cloud computing).

Microsoft pula menawarkan alternatif kepada aplikasi daripada Google, manakala Apple menawarkan sumber pembelajaran berasaskan kreativiti kepada guru dan pelajar.

4. Disokong oleh pelbagai rakan dalam penyediakan kandungan DELIMa

KPM menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membekalkan kandungan pembelajaran kepada para guru dan pelajar.

Sebagai contoh, PNM menawarkan beribu-ribu e-buku percuma kepada guru dan pelajar, MDEC menyediakan kandungan pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi manakala DIGI pula menyediakan modul Keselamatan Siber.

Banyak lagi rakan akan menyediakan kandungan pembelajaran di platform ini pada masa hadapan.

5. Menawarkan ruang kerjasama dengan lebih ramai pihak

Antara budaya baharu yang ingin diwujudkan adalah memberi demokrasi kepada pembelajaran, memantapkan kemahiran pelajar untuk keperluan masa hadapan serta pembangunan komuniti dengan galakan perkongsian kepakaran dan kemahiran.

Oleh itu, berdasarkan sesi pelancaran platform DELIMa sebentar tadi, KPM dilihat telah membuka ruang kerjasama kepada lebih ramai pihak dalam usaha menyokong ekosistem pembelajaran di Malaysia.

6. Memperkasa perkongsian idea daripada guru

DELIMa merupakan platform perkongsian dan kolaborasi yang menyediakan ruang untuk para guru mengetengahkan idea-idea dalam pendidikan. Oleh itu, mereka menyediakan platform yang dikenali sebagai Ruang Ilmu menerusinya.

KPM mempelawa para guru untuk berkongsi sebarang kandungan pendidikan menerusi halaman khas yang disediakan menerusi platform ini. Ini untuk mengalakkan guru berkongsi sumber pembelajaran serta membolehkan guru menyokong antara satu sama lain.

Ruang Ilmu akan dipromosikan sebagai satu platform utama perkongsian guru.

Kesimpulannya, DELIMa merupakan satu inisiatif yang dibangunkan KPM untuk menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital.

Ianya akan memudahkan guru dan pelajar belajar dengan penawaran pengalaman penggunaan platform digital secara tunggal untuk pelbagai perkara.

KPM juga berkerjasama dengan pelbagai rakan dalam penyediaan kandungan pendidikan untuk diakses atau dipautkan menerusi platform pembelajaran maya ini.

Read more